top of page
Maklumat:
Sektor Psikologi & Kaunseling PPD Kota Setar

                                       PENGENALAN

 

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 yang dikeluarkan oleh Jabatan          Perkhidmatan Awam (JPA), telah dijadikan panduan bagi mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling dalam sektor awam.  

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian   Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan mewujudkan Perkhidmatan   Kaunseling di jabatan-jabatan pelajaran untuk menguruskan isu-isu kemanusiaan dalam kalangan pekerja di organisasi perkhidmatan pendidikan.

 

Dalam hal ini, Bahagian Sumber Manusia, KPM telah melantik Kaunselor Pentadbir di JPN Kedah pada 1 Januari 2005, dan Kaunselor Pentadbir di Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah pada 1 Februari 2005 untuk mengendalikan Perkhidmatan   Kaunseling kepada warga pendidikan        di negeri Kedah Darul Aman.

 

Dengan pengstrukturan baru JPN pada 1 Mac 2007, Unit Kaunseling dan Keutuhan (UKK) telah   ditubuhkan, dan dikendalikan oleh seorang Ketua Unit dan   seorang Kaunselor.

Penambahbaikan dalam   pengstrukturan baru JPN, UKK telah dinaikkan taraf kepada Sektor Kaunseling dan Keutuhan (SKK) pada Ogos 2008.  Seterusnya pada 15 September 2008, SKK telah diubah kepada Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK).

 

                             VISI

 

  • Bersama mengorak langkah ke arah kesejahteraan modal insan yang sihat mental, fizikal, spiritual dan emosi.

 

                            MISI

 

  • Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling melalui Program Pembangunan, Pencegahan dan Pemulihan.

 

  • Membudayakan Psikologi dan Kaunseling dalam mempertingkatkan kesejahteraan modal insan.

 

                      MATLAMAT

 

  • Membantu warga pendidikan meningkatkan pembangunan diri ke tahap kefungsian psikologi tinggi dan penghasilan kerja yang produktif, berintegriti, dan berkualiti.

 

                           MOTO

 

  • “PROFESIONAL, INTEGRITI DAN KUALITI”

 

                                             FUNGSI

 

1.       Khidmat kaunseling kepada pegawai/   

          kakitangan pendidikan.

 

2.       Merancang/melaksanakan kursus     

          berkaitan perkhidmatan kaunseling.

 

3.      Mengumpul data & menganalisis

         pegawai/kakitangan yang menerima   

         khidmat kaunseling.

 

 4.     Memantau perkhidmatan kaunseling

         pentadbir.

 

                             PIAGAM PELANGGAN

 

Sebagai personalia Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, kami berazam, berusaha dan        beriltizam:

 

1. Memberikan  perkhidmatan secara profesional, berintegriti dan berkualiti.

 

2. Melaksanakan perkhidmatan berdasarkan Kod Etika Kaunselor dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang ditentukan.

 

3. Menyediakan pelaporan  perkhidmatan    berpiawai yang diperlukan  mengikut  tempoh masa yang telah ditentukan.

 

                                            OBJEKTIF

 

1.      Melaksanakan garis panduan pelaksanaan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pelajaran di peringkat daerah.

 

2.      Menyediakan dan melaksanakan program Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam mempertingkat kualiti dan produktiviti dalam pengurusan modal insan.

 

3. Menyelaras data dan menyediakan laporan pelaksanaan serta kemajuan program bagi aktiviti SPsK peringkat negeri kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Menyediakan laporan penilaian keberkesanan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling  Pejabat Pendidikan Daerah.

   JENIS PERKHIDMATAN

 

~PERKHIDMATAN KAUNSELING

~PERKHIDMATAN BIMBINGAN

~PERKHIDMATAN KONSULTASI

~RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

~PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PsK

~UJIAN PSIKOMETRIK

~KAJIAN / PENYELIDIKAN PsK

~MASSAGE TERAPI

~AROMA TERAPI

~ART TERAPI

~MUZIK TERAPI

~RAWATAN ALTERNATIF

 

SILA HUBUNGI SAYA:

 

SALIHUDDIN BIN LAHAMIN KB.PA.,PJK..

Tel. bimbit: 019-5481900

Tel :   04-7403000 – 3113

Faks: 04-7403039

Laman Web:  http://salihuddin11.wix.com/upskppdks

http://ppdks.moe.gov.my

e-mail: salihuddin.ppdkotasetar@gmail.com

             salihuddin@moe.gov.my

​

http://c2joypower.net/Salihuddin74

 

SILA HUBUNGI SAYA:

 

HALIJAH BINTI MAHMUD KB.PA..

Tel. bimbit: 012-5843665

Tel :   04-7403000 – 3117

Faks: 04-7403039

Laman Web:  http://salihuddin11.wix.com/upskppdks

http://ppdks.moe.gov.my

e-mail: halijah.m@moe.gov.my

            

 

SILA HUBUNGI SAYA:

 

SALIHUDDIN BIN LAHAMIN KB.,PA.,PJK..

Tel. bimbit: 019-5481900

Tel :   04-7403000 – 3082

Faks: 04-7403046

Laman Web:  http://salihuddin11.wix.com/upskppdks

http://ppdks.moe.gov.my

e-mail: salihuddin.ppdkotasetar@gmail.com

             salihuddin@moe.gov.my

 

bottom of page